By: loanexpress0 comments

Adakah Simpanan Tetap Itu Perlu Sebelum Anda Melabur?

Boleh buat duit ke dengan simpanan tetap?

Simpanan tetap ni berbeza dari stok dan amanah saham. Pulangan yang anda dapat tidaklah tinggi sangat kerana kadar faedah yang dikenakan selalunya rendah, antara 3% hingga 4% p.a. (ataupun tinggi sedikit dari kadar purata). Tapi, kalau anda mahukan pelaburan yang kurang risiko, simpanan tetap lah jawapannya. 

Adakah Simpanan tetap ni lagi bagus ke dari akaun simpanan?

Jawapan dia boleh jadi YA dan TIDAK.

Ya, sebab simpanan tetap tawarkan kadar faedah yang lagi bagus dari akaun simpanan.

Purata kadar faedah bagi akaun simpanan adalah 1.2 p.a. (berdasarkan perbandingan di antara 30+ akaun simpanan bank utama di Malaysia pada bulan Jun 2019).

Tidak, kerana anda tidak boleh akses akaun simpanan tetap ni sesuka hati macam akaun simpanan. Kalau anda tiada duit simpanan kecemasan yang berasingan, anda haruskena lebih berhati-hati dalam membuat pelaburan simpanan tetap. Sebabnya, wang dalam akaun simpanan tetap lebih susah untuk dikeluarkan berbanding wang dalam akaun simpanan ataupun pelaburan.

Warga asing boleh memohon

Antara simpanan tetap kat Malaysia ditawarkan kepada warganegara, penduduk tetap dan permohonan warga asing ialah simpanan tetap CIMB Bank. 

Warga asing yang berminat boleh memohon Deposit Tetap Matawang Asing. Simpanan tetap jenis ni selalunya ditawarkan sehingga tempoh 12 bulan. 

Tidak Sesuai untuk pelan persaraan

Simpanan tetap tidak boleh dijadikan sebagai salah satu pelan persaraan, kerana pulangan yang diberikan tak sebanyak skim persaraan yang lain. 

Berapa banyak wang deposit yang diperlukan

Simpanan tetap memerlukan minimum deposit tapi selalunya ia bergantung pada tempoh pelaburan yang anda pilih. Tempoh 1 bulan mempunyai jumlah deposit yang lagi tinggi berbanding tempoh 2 bulan yang lebih berpatutan. 

Contohnya, Akaun Simpanan Tetap Maybank menetapkan minimum deposit sebanyak RM5,000 sekiranya anda memilih tempoh pelaburan 1 bulan. Tapi, bagi tempoh pelaburan 2 bulan ke atas, minimum deposit jatuh kepada RM1,000. 

Simpanan tetap ni juga Selamat

Macam yang kita tahu, wang deposit kita dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 sekiranya bank gagal melindungi wang tersebut. Tapi apa yang menariknya adalah anda boleh dilindungi RM250,000 bagi setiap akaun untuk setiap bank yang anda buat deposit.

Boleh keluarkan tak wang simpanan tetap ni? 

Bergantung kepada berapa lama pelaburan tersebut dibuat, ada kemungkinan untuk anda dapat nikmati sebahagian faedah atau tak langsung. 

Related post

Leave A Comment