3 Pinjaman Peribadi Yang Sesuai Untuk Golongan Pendapatan Rendah

By: loanexpress0 comments

Berikut adalah 3 pinjaman peribadi yang terbaik dari segi ciri-ciri produk dan kelayakan pendapatan minimum:

1. RHB Pembiayaan Peribadi – Easy-Pinjaman Ekspres

  • Kadar rata setahun: Dari 11.63% setahun
  • Jumlah pinjaman maximum: RM150,000
  • Kategori pinjaman:
  • Tingkat 1 – RM2,000 sehingga RM10,000
  • Tingkat 2 – RM11,000 sehingga RM50,000
  • Tempoh pinjaman: 1 hingga 5 tahun
  • Tempoh kelulusan: 10 minit
  • Pendapatan/gaji minimum: RM1,500 sebulan
  • Umur: 21-60 tahun
  • Kelayakan: Warganegara Malaysia sahaja

Proses untuk mendapatkan kelulusan pinjaman peribadi RHB adalah mudah dan cepat jika anda memenuhi kesemua kriteria di atas. Produk ini sesuai untuk graduan yang baru mula bekerja.

Mach Pinjaman Peribadi I.O.U

  • Kadar faedah: 7% p.a. – 13.5% setahun
  • Jumlah pinjaman maximum: RM250,000
  • Tempoh kelulusan: Sehingga 1 jam
  • Tempoh pinjaman: 2 hingga 7 tahun
  • Pendapatan/gaji minimum: RM2,000 sebulan
  • Umur: 21-60 tahun
  • Kelayakan: Warganegara Malaysia sahaja

Mach I.O.U pinjaman peribadi dari Hong Leong Bank terkenal untuk kadar kelulusan pinjaman yang tinggi. Jika pinjaman peribadi anda ditolak oleh bank-bank lain, anda masih berpeluang untuk mendapatkan pinjaman produk ini.

Dengan permohonan online di laman web Mach by Hong Leong,anda hanya perlu mengemukakan kad pengenalan, slip gaji, EPF, penyata bank dan juga bil utiliti.

Kadar faedah pinjaman peribadi Mach I.O.U. mencecah sehingga 13.5% setahun, jadi anda perlulah membayar ansuran bulanan tepat pada masa. Dengan itu, anda akan mendapat 20% pulangan tunai sebagai ganjaran.

Jika anda mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000, anda boleh memohon untuk pinjaman sehingga RM250,000! Pinjaman ini terbaik untuk usahawan-usahawan baru atau peniaga kecil.

Bank Rakyat Pinjaman Peribadi-i Aslah Swasta

  • Kadar faedah efektif: 9.22% – 23.38% setahun
  • Jumlah pinjaman maximum: RM150,000
  • Tempoh kelulusan: 5 hari bekerja
  • Tempoh pinjaman: 1 hingga 10 tahun
  • Pendapatan/gaji minimum: RM1,000 sebulan bagi jawatan tetap/RM8,000 bagi jawatan kontrak
  • Umur: 18-60 tahun
  • Kelayakan: Warganegara Malaysia yang bekerja di sektor swasta

Pinjaman peribadi ini sedikit berbeza daripada yang lain. Hanya kakitangan sektor swasta yang berjawatan tetap boleh memohon untuk pinjaman peribadi ini. Jika anda dalam lingkungan tersebut, tahniah!

Pinjaman peribadi Bank Rakyat Pinjaman Peribadi-i Aslah Swasta terbaik untuk anda. Kadar faedahnya lebih rendah berbanding dengan bank-bank lain. Anda tidak perlu peningkan kepala untuk menjelaskan ansuran bulan.

Permohonan pinjaman peribadi ini juga dikatakan mempunyai kadar kelulusan yang tinggi. Malangnya, produk ini ada sedikit keburukannya. Tempoh kelulusan mengambil masa yang lama, dari 5 hari sehingga 2 minggu.

Tambahan pula, cara bayaran ansurannya tidak berapa sama dengan bank-bank yang lain. Ia menawarkan kadar faedah yang lebih rendah jika peminjam memilih cara pembayaran seperti Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), potongan gaji majikan (PGM), dan pindahan gaji ke Bank Rakyat dan tunai. Walaubagaimanapun, ia juga menerima pembayaran secara tunai, dengan kadar faedah yang lebih tinggi.

Related post

Leave A Comment