5 KESILAPAN ASAS MENGURUSKAN WANG YANG BOLEH BUAT ANDA KOPAK DALAM SETAHUN

By: loanexpress0 comments

‍‍
1) Anda gaji besar, duit berkepuk, tapi tiap2 bulan takde simpanan jangka pendek (emergency) dan jangka panjang (education/retirement/future). Bila tiba2 nak pakai duit, mula lah swipe kad plastik.

2) Komitmen dengan bank dah cecah 60% dari gaji, memang sengal la nak menyimpan, belanja hidup pun cukup2 jer kan

3) Takde buat bajet dan tak catat belanja. Kan dah cakap, bajet ni ibarat waze, kalau tak ikut boleh sesat, tapi kalau takde buat bajet langsung, lagi la kelaut.

4) Tak ada perlindungan pendapatan andai jadinya sesuatu pada diri anda. Bayangkan nasib anak2 anda kalau jadi apa-apa pada diri anda, takkan nak diorang hidup merempat tepi jalan, takpun bawah jambatan.

5) Duit pencen KWSP habis dalam setahun. Yang ni memang tak boleh buat apa lah. Bila yang tu dah jadi benteng last kita untuk teruskan hidup, yg tu juga kita cepat2 habiskan.

Related post

Leave A Comment