5 Langkah Berkesan Untuk Menangani Kecemasan Kewangan

By: loanexpress0 comments

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 6 Julai 2019 dan dikemas kini pada 2 April 2020).

Kadang-kala perkara boleh berlaku tanpa diduga. Setiap satu daripada kita pastinya pernah melalui pengalaman seperti kecemasan kewangan. Sama ada seperti bil hospital yang tidak disangka, keperluan di luar jangkaan untuk rumah anda, ataupun kerosakan kereta secara tiba-tiba. Contohnya seperti pandemik COVID-19, ramai yang mungkin akan kehilangan pekerjaan atau rasa susah untuk hidup dengan kos kehidupan yang tinggi.

Cara yang terbaik untuk menghadapi kecemasan adalah dengan menggunakan dana kecemasan yang telah anda kumpulkan (lihat rencana lepas untuk mengetahui cara membina dana kecemasan). Namun begitu, bagaimana pula jika anda tidak mempunyai sebarang dana kecemasan? Anda masih perlu menyelesaikan bil kecemasan tersebut. Jangan risau! Kali ini, kami akan kongsikan 5 langkah mudah yang anda boleh gunakan untuk menyelesaikan kekangan kewangan yang anda hadapi.

1. Jangan Cemas – Fahami Situasi Dahulu

Berdepan dengan kecemasan kewangan tanpa ada simpanan yang cukup adalah amat menakutkan. Tetapi, jangan sesekali biarkan emosi membelenggu diri kerana ia akan mempengaruhi keputusan yang anda lakukan. Lazimnya, keputusan yang dipengaruhi emosi akan memakan diri, terutamanya untuk jangka masa panjang. Oleh itu, anda perlu kekal tenang supaya boleh berfikir dengan rasional dan menilai situasi dengan terperinci.

Untuk memahami situasi dengan lebih teliti, tanya diri anda beberapa soalan ini. i) Apakah punca kecemasan ini? ii) Bilakah anda memerlukan wang tersebut? iii) Berapakah jumlah wang tunai yang anda perlukan? Dengan meneliti situasi kewangan anda terlebih dahulu dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih wajar.

2. Kurangkan Perbelanjaan dengan Segera

Kaji semula perbelanjaan anda untuk mengenal pasti perbelanjaan yang tidak diperlukan dan boleh diketepikan. Ini akan membantu anda untuk menyimpan wang yang boleh digunakan sewaktu kecemasan.

Antara perkara yang boleh diketepikan bagi membentuk wang simpanan kecemasan adalah rancangan untuk pergi melancong, keinginan untuk membeli telefon bimbit baru, atau perhitungan untuk melanggan pakej gimnasium atau saluran filem tahap premium.

3. Mohon Bantuan Keluarga & Kawan

Meminta wang dengan orang lain memang memalukan. Namun, dalam situasi kecemasan, bantuan orang yang dipercayai dapat bantu meringankan beban kerana kebarangkalian untuk ahli keluarga dan kawan-kawan akan meminjamkan wang tanpa syarat dan faedah yang tinggi. Mereka tidak akan mahu melihat anda menderita seorang diri.

Tetapi, harus diingatkan bahawa segala yang berkaitan dengan wang boleh menyebabkan salah faham. Banyak hubungan yang terputus kerananya. Maka dengan itu, pastikan duit yang dipinjamkan tidak disalah guna dan selesaikan pinjaman dengan segera bagi elakkan bermasam muka.

4. Dapat Pinjaman yang Cepat & Berpatutan

Jika anda tidak mahu melibatkan keluarga dan sahabat handai, anda boleh dapatkan pinjaman peribadi dengan institusi kewangan yang menawarkan pinjaman segera. Perkara ini mudah jika anda mempunyai sejarah kredit yang baik. Cuma pinjam apa yang anda perlu dan mampu. Tetapkan tempoh pembayaran semula yang singkat untuk mengurangkan kadar faedah.

Jika anda kakitangan kerajaan, anda boleh mohon pinjaman daripada Yayasan Ihsan Rakyat atau Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis, di mana anda akan memperoleh wang pinjaman sepantas dua hari bekerja sahaja. Yang paling penting, pinjaman daripada badan-badan ini adalah selamat dan berkonsep Syariah. Dana ini adalah daripada RCE Marketing Sdn. Bhd., anak syarikat RCE Capital Berhad yang disenarai dalam Bursa Malaysia. Pemohon berpendapatan rendah atau mempunyai rekod CCRIS/CTOS yang kurang memuaskan masih layak memohon.

5. Elak daripada Membuat Pinjaman yang Terlalu Mengujakan

Apabila dalam kesusahan, pasti ramai yang ingin mengambil kesempatan. Sebab itu anda tidak digalakkan untuk membuat keputusan yang dipengaruhi emosi. Sebaliknya, anda perlu bertenang dan berfikir dengan waras apabila membuat keputusan yang penting seperti membuat pinjaman peribadi.

Jangan sesekali membuat pinjaman dengan peminjam wang tidak berlesen walaupun mereka boleh memberikan wang dengan segera. Peminjam wang tidak berlesen akan membebankan anda dengan kadar faedah yang tidak munasabah. Anda juga harus berwaspada dengan agen pinjaman yang menawarkan pinjaman yang terlalu menarik, seperti kadar faedah serendah 3.99% dan hampir 100% bayaran payout tanpa meneliti sejarah kredit anda. Baca rencana kami tentang 6 tanda pinjaman anda berunsurkan penipuan.

Lakukan Perancangan untuk Hadapi Kecemasan Kewangan

Apabila satu badai telah berlalu, badai yang lain pasti menanti. Oleh itu, adalah baik jika anda terus bersedia untuk menghadapi kecemasan kewangan yang pasti, akan kembali lagi pada masa hadapan. Mula bina dana kecemasan supaya anda tidak akan terlalu sesak untuk menghadapi kecemasan yang seterusnya. Rancang kewangan anda dan pertimbangkan untuk mengambil insurans yang anda boleh meringankan beban kecemasan yang melibatkan perubatan atau kemalangan.

Related post

Leave A Comment