5 Tips Berbuka Puasa Tanpa Belanja Lebih pada Ramadhan 2020

By: loanexpress0 comments

Sebagai bulan yang paling suci bagi umat Islam, Ramadhan semakin hampir. Ternyata Ramadhan dan makanan tidak dapat dipisahkan. Setelah menahan lapar dan dahaga seharian, masa untuk berbuka puasa merupakan saat yang paling dinantikan. Bagi warga kota umumnya, amalan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Ramadhan bersama keluarga menjadi keutamaan pada minggu pertama Ramadhan dan semestinya berbuka puasa bersama masakan ibu yang tiada tandingannya menjadi perkara yang dinanti-nantikan.

Tetapi, sambutan Ramadhan pada tahun ini adalah berbeza. Kerajaan telah melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April 2020. Orang ramai juga dinasihatkan untuk duduk di rumah dan tidak menghadiri perhimpunan besar. Tambahan pula, bazar di Malaysia telah dibatalkan untuk mencegah penyebaran virus COVID-19. Ramai mungkin kecewa dan takut sebab tidak dapat menyambut Ramadhan seperti kebiasaan mereka. Walaupun anda berjauhan atau tidak dapat berjumpa dengan rakan dan keluarga anda, itu tidak bermaksud semangat Ramadhan harus reda. Ramadhan masih boleh jadi bermakna. Baca artikel kami tentang idea dan tips untuk menyambut Ramadhan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jika anda sedang menjalani ibadah puasa, sudah tentu anda sedang berfikir bagaimana anda boleh makan hingga kenyang semasa berbuka, tetapi masih mampu berjimat dan tidak boros sepanjang bulan Ramadhan ini. Kami huraikan beberapa tips untuk berbuka puasa tanpa perlu berbelanja lebih walaupun dalam situasi yang mencabar ini.

1. Belanja Secara Sederhana

Bazar Ramadhan menjadi tumpuan warga kota untuk membeli juadah yang jarang didapati pada waktu lain seperti kuih Tepung Pelita, Kuih Badak Berendam, Ayam Percik, Air Khatira dan sebagainya. Namun, disebabkan oleh pembatalan bazar baru-baru ini, bazar dalam talian atau e-bazar adalah trend terkini. Peniaga bazar Ramadhan mula menjual makanan mereka di atas talian melalui platform bazaar tersebut.

Biasanya makanan yang dijual di bazar Ramadhan adalah lebih murah jika dibandingkan dengan kafe dan restoran. Sebenarnya, dengan hanya RM10, anda dapat menikmati makanan yang enak dengan minuman sejuk dan manis. Salah satu manfaat pengunaan e-bazar adalah ia membolehkan anda amalkan perbelanjaan secara sederhana. Sebelum membuat pesanan dan pembayaran, anda boleh lihat ‘cart’ anda agar anda tidak berbelanja atau membeli secara berlebihan. Salah satu tip adalah untuk tetapkan bajet dan beli apa yang anda boleh habiskan sahaja. Sekiranya ada makanan berlebihan, simpan di dalam peti sejuk supaya anda dapat memanaskannya untuk Sahur keesokan hari.

Kami juga akan melancarkan e-bazar di laman sesawang kami. Nantikan berita baik kami ya! Di platform lain, kami juga bekerjasama dengan Bazaar Rakyat sebagai rakan kewangan rasmi mereka. Selain itu, di Facebook ada banyak lagi group yang berkonsep online bazar ini seperti Bazar Ramadhan & Food Delivery Bangi/Kajang/Serdang/PutrajayaBazaar Ramadhan Shah Alam Online Official 2020Bazaar Ramadhan Online Subang Jaya dan lain-lain.

2. Sediakan Juadah Sendiri

Dengan pelanjutan PKP, penyediaan juadah di rumah untuk berbuka puasa adalah cara yang bijak untuk menjimatkan wang. Dengan kos RM100, anda mungkin dapat membeli barangan runcit untuk anda sekeluarga untuk bertahan selama 3 hari sehingga seminggu. Selain itu, ini juga merupakan peluang yang baik untuk cuba resipi baru dengan keluarga anda. Atau anda boleh cuba memasak sesuatu yang istimewa dan menghantarkan makanan tersebut kepada rakan dan keluarga anda sebagai satu kejutan!

3. Rancang Pembelian Barangan Runcit

Adalah penting untuk rancang pembelian barangan runcit anda untuk mengelakkan pembaziran makanan dari segi kos dan penyimpanan. Bayangkan jika anda membeli barangan runcit tanpa perancangan yang baik, ada kemungkinan anda mungkin memasak terlalu banyak makanan kerana tempat simpanan anda adalah penuh. Sekiranya anda rancang untuk masak di rumah atau ingin cuba resipi baru, jangan lupa untuk menyenaraikan apa yang anda perlu belikan. Ingat untuk membeli apa yang anda perlukan sahaja. Jangan lupa untuk memeriksa jika pasar raya besar ada menawarkan tawaran dan promosi istimewa sewaktu bulan Ramadhan.

4. Pilihlah Makanan Anda dengan Bijak

Jika anda teringin sangat untuk membeli ‘kek batik’ atau ‘kuih keria’ kegemaran anda, fikirkan keperluan anda terlebih dahulu. Pilih makanan yang mengenyangkan untuk bertahan hingga Sahur. Amalkan tabiat makanan yang sihat. Sekiranya anda ingin menjimatkan wang dan menurunkan berat badan pada masa yang sama, cuba buat ‘overnight oats. Ia boleh tahan lapar dan juga mengandungi banyak serat di dalamnya.

Tetapi, jika anda teringin sangat makan kuih-muih, cubalah rancang pembelian dan berkongsi juadah anda dengan jiran. Dengan cara itu anda boleh mempunyai lebih banyak pilihan kuih kegemaran anda. Untuk minuman pula, buatlah air sendiri. Yang boleh jimat, cuba jimatlah tu.

5. Jana Pendapatan Tambahan

Sekiranya anda sudah amalkan penyimpanan wang, tetapi anda ingin menyimpan lebih banyak lagi, cubalah jana pendapatan tambahan. Anda boleh membuat kerja ‘freelance’di mana dan bila-bila masa sahaja. Jika anda mempunyai sifat kreatif, gunakanlah kemahiran anda dan jana pendapatan melalui reka bentuk kreatif di Upwork atau Freelancer. Adalah bermanfaat kepada anda sekiranya anda mempunyai dua atau tiga pendapatan tambahan. Baca di sini untuk 7 cara praktikal untuk jana pendapatan tambahan.

Secara keseluruhan, bulan Ramadhan merupakan masa yang baik untuk merenungkan perihal kewangan peribadi anda. Amalkan perbelanjaan yang sederhana agar anda dapat mempunyai wang tambahan untuk dibelanjakan semasa Hari Raya untuk beli pakaian baru, ‘duit raya’, hadiah dan lain-lain. Oleh itu, buatlah sedikit pengorbanan pada bulan Ramadhan ini agar anda dapat menikmati Raya yang menggembirakan. Tetapi, amalan berjimat cermat ini tidak seharusnya hanya diamalkan pada bulan Ramadhan sahaja tetapi cuba menjadikannya sebagai  kebiasaan setiap hari.


Related post

Leave A Comment