Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pinjaman Peribadi Islamik?

By: loanexpress0 comments

Perbankan Islam merupakan perbankan yang mematuhi syariah iaitu undang-undang agama Islam seperti yang ditakrifkan dalam al-Quran, hadith dan sunnah. Perbezaan antara perbankan konvensional dan Islamik ialah tidak ada wang yang sebenarnya dipinjamkan kepada peminjam kerana perbankan Islam akan “membeli” barangan untuk pelanggan kemudian jualnya kepada mereka pada harga yang telah dipersetujui. Perbankan Islam ditadbir oleh undang-undang Islam dan peraturan industri kewangan, dan ia juga dikawal rapi sama seperti perbankan konvensional.

Walau bagaimanapun, bank Islam menjalankan aktiviti mengikut prinsip syariah Islam yang melarang semua perkara seperti yang tertera  dibawah: ·

  • Perniagaan haram (alkohol, perjudian dan lain-lain)·
  • Riba (amalan pemberian pinjaman pada kadar faedah yang tinggi)
  • Gharar (jualan spekulatif atau berbahaya di mana nilai tidak pasti)
  • Zulm (aktiviti dan amalan yang mengeksploitasi, penindasan atau kejam)

Operasi bank Islam di Malaysia juga perlu dijalankan mengikut prosedur tertentu yang ditentukan oleh majlis penasihat Syariah Bank Negara (SAC). Majlis penasihat tersebutt adalah pihak berkuasa syariah tertinggi kewangan Islam di Malaysia. Sebahagian daripada tanggungjawab SAC termasuk memeriksa dan mengesahkan kesahihan undang-undang syariah dalam produk kewangan Islam.

Dalam prinsip Islam, wang tidak mempunyai nilai intrinsik dan masa pula tidak menghasilkan apa-apa pulangan.Ini bermakna wang tidak boleh menjadi lebih berharga semata-mata dengan berlalunya masa.  Oleh itu, meminta pampasan seletelah memberi pinjaman wang dalam bentuk mengenakan faedah  dilarang dan tidak dibenarkan dalam perbankan Islam.

Walau bagaimanapun, nilai wang boleh ditingkatkan jika dilaburkan yang contohnya akan meningkatkan saiz, kejayaan dan keuntungan .Oleh itu bank-bank Islam mengenakan kadar keuntungan (profit rate) dan bukannya kadar faedah (interest rate) bagi produk kewangan mereka.

Related post

Leave A Comment