CTOS & CRIS Report Boleh Mempengaruhi Permohonan Pinjaman Peribadi

By: loanexpress0 comments

Saya ada CTOS, saya ada CCRIS, boleh mohon ke pinjaman bank? Ini adalah soalan yang sering kami terima dari pelanggan yang ingin menggunakan khidmat kami untuk memohon personal loan bank.

Jika anda telah disenaraihitamkan (blacklisted) oleh pihak bank, sudah pasti permohonan pinjaman peribadi anda akan ditolak oleh bank. Tetapi, betul ke anda telah disenaraihitamkan?

Dengan keadaan ekonomi sekarang, sukar untuk menjaga rekod kredit supaya sentiasa cantik. Kadang-kadang ada miss payment dan tunggakan dipaparkan di rekod CCRIS. Atau tak bayar hutang Telco atau kedai, dan dah di blacklist di report CTOS.

Jadi, adakah memang dah tak boleh nak mohon pinjaman bank?

Jika anda dah di senarai hitam oleh bank atau AEON, jawapannya memang tak boleh. Tak usah berangan-angan nak buat sebarang pinjaman bank.

Tetapi jika anda ada tunggakan PTPTN atau telah di senarai hitam oleh syarikat, pinjaman berlesen, kedai atau apa sahaja institusi selain bank atau AEON, anda masih boleh cuba mohon jika gaji anda tinggi – selalunya gaji bersih  RM5,000 ke atas. Bank boleh pertimbangkan. Tetapi, jika gaji anda rendah, selalunya bank akan terus reject.

Kesimpulannya CCRIS dan CTOS hanyalah sistem rujukan yang digunakan untuk menilai status kewangan kita sama ada nama kita disenaraihitam atau tidak, maklumat perniagaan berkaitan dan bayaran ansuran lain yang sedang ditanggung.

Baiki kelemahan dalam membayar balik pinjaman sedia ada untuk mengelakkan masalah membuat pinjaman di masa hadapan.

Related post

Leave A Comment