Info Kad Kredit Yang Ramai Tidak Tahu

By: loanexpress0 comments

Faedah tidak dicaj pada hujung bulan

Kad Kredit perlu dibayar sebelum payment due date, kalau anda terlewat untuk membuat pembayaran, anda akan dicaj dengan faedah. Tarikh bagi payment due date ni biasanya bertukar dari bulan ke bulan, anda perlu kerap untuk menyemak penyata kad kredit.

Selain tu, jika anda mengguna kad kredit yang ditawarkan oleh bank yang mempunyai mobile banking app seperti CIMB Clicks dan Maybank2U, lagi mudah urusan anda. Selain payment due date, anda juga boleh menyemak berapa banyak had kredit yang tinggal dan berapa jumlah yang harus dibayar untuk bulan tersebut.

Panjangkan tarikh bayaran dengan grace period

Lebih kurang 21 hari sebelum payment due date, ada satu lagi tarikh yang dipanggil sebagai statement date (juga dipanggil sebagai closing date.)

Pada statement date, bank pengeluar kad tersebut akan kira semua transaksi anda dan masukkan ke dalam bil terkini. Sebarang transaksi yang dibuat lepas tu akan dimasukkan ke dalam bil seterusnya. Jadi tempoh antara statement date dan payment due date dipanggil sebagai grace period, di mana anda tidak akan dicaj dengan faedah.

Beli barang secara ansuran tanpa faedah

Ada kad kredit yang menawarkan Easy Payment Plan (EPP)  jika anda ingin membeli barang yang mahal. Jenis EPP yang anda nak cari adalah yang menawarkan ZERO interest, supaya anda tidak membayar lebih. Biasanya pengeluar kad ada buat kerjasama dengan peniaga yang terpilih, contohnya pusat beli-belah ataupun jenama tertentu. Jadi bila anda beli daripada peniaga ni, anda boleh hubungi kad kredit untuk tukarkan pembelian tersebut kepada ansuran bulanan dalam kad kredit anda.

Pastikan juga had kredit itu cukup untuk buat ansuran. Pastikan anda faham syarat-syarat yang diberikan oleh pelan EPP ni, ada sesetengah kad kredit bagi penalti kalau lambat bayar, ada yang batalkan 0% interest tu jadi anda perlu membayar faedah macam biasa, malah ada yang batalkan terus insurans bulanan jadi seluruh harga barang tu dicaj ke dalam satu bil.

Jangan buat cash advance dengan kad kredit

Kad kredit ada kemudahan untuk keluarkan wang tunai yang dipanggil sebagai cash advance. Erti kata lain kita membuat pinjaman.

Tapi dengan cash advance,anda akan dicaj 5% atau RM18 (yang mana lebih tinggi) daripada jumlah yang dikeluarkan. Lepas tu anda masih akan dicaj dengan interest, sekurang kurang nya 18% dari jumlah cash advance, bukan itu sahaja, anda juga tidak dapat nikmati grace period. 


Guna kad kredit cash back dengan sebaiknya

Banyak kad yang menawarkan ganjaran dalam bentuk rebat tunai ataupun poin bila anda buat pembelian guna kad tersebut, juga dikenali sebagai kad cash back (bayar balik). 

Biasanya kad yang berbeza akan bagi ganjaran bagi jenis pembelian yang berbeza. Sebagai contoh, anda boleh pegang satu kad yang bagi 1% cash back untuk pembelian online, satu kad yang bagi 5% cash back untuk petrol, dan satu lagi kad yang bagi 2% cash back untuk barang dapur. 



Related post

Leave A Comment