Inilah Kenapa Report CCRIS Dan CTOS Sangat Penting!

By: loanexpress0 comments

Jika anda tidak tahu apa-apa tentang laporan kredit, boleh jadi proses yang lama untuk mendapatkan permohonan pinjaman rumah diluluskan. Bacalah tentang report CCRIS / CTOS ni untuk meningkatkan peluang anda!

Bila nak memohon kad kredit atau pinjaman, bank nak kena pastikan dulu yang anda mampu ke tak untuk bayar balik hutang.

Pihak bank akan check report kredit tertentu untuk tengok status kewangan anda dari segi pembayaran hutang.

Bank akan rujuk kepada report kredit (CCRIS dan/atau CTOS), sekali dengan penyata gaji sebelum membuat keputusan nak meluluskan atau tolak pinjaman anda.

Apa itu CCRIS dan CTOS? Apakah perbezaan nya? Disini dilampirkan berbezaan untuk rujukan bersama.

Perbezaan Antara CCRIS Dan CTOS

CCRIS
Singkatan untukCentral Credit Reference Information System (Bahase Melayu nyer – Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit)
HuraianSistem yang dicipta oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengumpul info kredit tentang peminjam atau peminjam berpotensi ke dalam satu report kredit standard.
Pihak berkuasaBank Negara Malaysia
Maklumat dalam reportSemua pinjaman tertunggak:Contohnye: pinjaman rumah, pinjaman peribadi, kad kredit, overdraf, dan yang sewaktu dengannyeSemua yang berkaitan dengan amaun tertunggak seperti had kredit, bayaran yang termiss, info kes undang-undang, dan lain-lain.Samade anda pernah amek pinjaman bersama atau pinjaman perkongsian dengan sesiapa.Samade anda ade akaun yang dilabel “Akaun Perhatian Khusus” / “Special Attention Accounts” – selalunye ni macam Pinjaman Tak Berbayar (NPL) atau mane-mane akaun yang dipantau rapat oleh pihak berkuasa kewangan.
Sumber maklumatSume bank dan institusi kewangan
Report yang disediakanReport percuma
Cara nak aksesPegi ke Bank Negara atau mane-mane cawanganBoleh buat permintaan report melalui emel
Tempoh sejarah kredit diarkibkan12 bulan
CTOS
Singkatan untukCredit Tip-Off Service
HuraianReport kredit yang memang digune oleh bank dan institusi kewangan di Malaysia untuk check kelayakan kredit dan keupayaan individu atau syarikat untuk bayar balik hutang.
Pihak berkuasaOrganisasi persendirian
Maklumat dalam reportPengesahan IdentitiData seperti nama, nombor IC, nombor pendaftaran syarikat.Jawatan Pengarah dan Kepentingan PerniagaanKepentingan anda dalam syarikat-syarikat yang diperbadankan.Tindakan Undang-UndangSamade ade tindakan undang-undang terhadap anda.Samada anda pernah kene bankrap.Pengadil Perdagangan dan Komen SubjekKat bahagian ni anda boleh letak apa-apa komen mengenai status kewangan anda.
Sumber maklumatInfo mengenai domain awam:Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM / CCM)Notis undang-undang dari surat khabarGazet dan penerbitan kerajaanJabatan Insolvensi Malaysia (JIM / MDI)Jabatan Pendaftaran Negara (JPN / NRD)Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM / ROS) dan info yang diberikan oleh pemiutangPemiutang / litigator / pengadil perdaganganInfo yang diberi secara rela oleh individu / syarikat tersebut
Report yang disediakanReport basic percumaRM26.50 untuk Report Skor MyCTOS yang lebih detail*
Cara nak aksesBoleh dapatkan online
Tempoh sejarah kredit diarkibkanSelama-lamanye

Related post

Leave A Comment