Kad Kredit vs Pinjaman Peribadi – Apakah Pilihan Anda?

By: loanexpress0 comments

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 6 Januari 2018 dan dikemas kini pada 17 Mac 2020).

Ada ketika pada waktu kecemasan kita mungkin memerlukan wang yang banyak sama ada untuk menampung kos perniagaan atau bil hospital yang tidak diduga. Dalam situasi ini anda mempunyai dua pilihan: Kad Kredit atau Pinjaman Peribadi (contohnya Pinjaman Koperasi untuk kakitangan kerajaan).

Sebelum kita berkongsi dengan anda pilihan yang mana adalah lebih baik, marilah kita lihat perbandingan antara penggunaan Kad Kredit dan Pinjaman Peribadi.

1. Kadar Faedah

Sudah semestinya, kadar faedah adalah faktor utama yang perlu diambil kira dalam setiap pinjaman. Lazimnya, kadar faedah kad kredit adalah lebih tinggi, antara 15% hingga 18% setahun atau 1.25% sehingga 1.5% bulanan berbanding dengan kadar faedah Pinjaman Peribadi Bank di sekitar 8% hingga 11% setahun.

Kakitangan kerajaan tertentu layak memohon Pinjaman Peribadi Koperasi dengan kadar faedah yang rendah.  Sebagai contoh, Co-Op Bank Pertama menawarkan Pinjaman Koperasi untuk penjawat awam dengan kadar faedah serendah 3.90%. Jika anda seorang penjawat awam sudah tentu ini merupakan pilihan yang wajar.

2. Had Pinjaman

Had Pinjaman Peribadi adalah lebih fleksibel berbanding dengan Kad Kredit. Sekiranya layak anda boleh meminjam paling minimum RM3,000 dan (jika layak) sehingga had paling maksimum RM250,000.

Manakala untuk Kad Kredit, Bank Negara Malaysia menetapkan had Kad Kredit setakat dua kali gaji bulanan sahaja untuk yang berpendapatan di bawah RM36,000. Jika gaji bulanan anda adalah RM3,000, had maksimum yang dibenarkan hanya RM6,000 dan ini mengehadkan perbelanjaan yang lebih besar.

3. Mudah

Permohonan Pinjaman Peribadi perlu mendapat kelulusan daripada bank terlebih dahulu dan melalui beberapa proses sebelum anda mendapat wang tunai. Proses ini biasanya memakan beberapa hari bahkan mungkin berminggu lamanya untuk mendapatkan pinjaman.  Walaupun demikian, ada juga Pinjaman Peribadi Koperasi seperti Yayasan Ihsan Rakyat atau Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis yang dapat meluluskan pinjaman secepat 2 hari bekerja.

Lebih mudah lagi untuk mengunakan Kad Kredit. Namun, dengan Kad Kredit anda senang terjebak untuk berbelanja lebih dan mengumpul hutang (faedah Kad Kredit dikira atas jumlah terkumpul hutang pada setiap bulan) jika anda hanya pilih untuk membayar bayaran minimum bulanan sahaja.

4. Pembayaran Balik

Kebanyakan bank menawarkan pelan ansuran Kad Kredit tanpa faedah antara 12 bulan hingga 36 bulan untuk pembelian dari peruncit yang mengambil bahagian dalam program ini. Dengan pelan ini, pengguna tidak dibebankan dengan bayaran penuh pembelian. Pengguna hanya perlu membayar ansuran bulanan tanpa faedah dalam tempoh masa yang ditetapkan dan akaun Kad Kredit tidak didebit dengan bayaran penuh sekaligus.

Tetapi, pelan ini hanya efektif  jika anda mempunyai disiplin diri. Jika tidak, Pinjaman Peribadi atau Pinjaman Koperasi adalah lebih sesuai untuk anda. Kadar faedah Pinjaman Peribadi adalah tetap sepanjang tempoh pinjaman seperti yang diluluskan.

5. Ganjaran & Penjimatan

Salah satu kebaikkan menggunakan Kad Kredit adalah ia boleh digunakan untuk kumpulkan dan tebus mata ganjaran daripada hotel, peruncit dan restoran. Sebagai contoh, kad kredit untuk penerbangan menawarkan akses untuk perkhidmatan ‘lounge’ di lapangan terbang atau mata ganjarannya boleh digunakan untuk menebus tiket penerbangan yang lebih murah atau secara percuma.

Manakala, dengan Pinjaman Peribadi atau Pinjaman Koperasi semua hutang dapat disatukan menjadi satu pinjaman dan lebih mudah untuk diuruskan. Ini boleh juga mengurangkan jumlah pembayaran kerana kadar faedah ansuran bulanan dan tempoh pinjaman adalah tetap. Selain itu, kadar yang menarik ditawarkan oleh sesetengah bank jika anda menggunakan sistem autodebit untuk pembayaran pinjaman.

Jadi Pilihan Saya, Kad Kredit atau Pinjaman Peribadi?

Secara amnya, Kad Kredit memang mudah tetapi kredit yang terhad hanya sesuai untuk pembelian yang lebih kecil manakala Pinjaman Peribadi lebih baik untuk pembelian yang lebih besar dan untuk pengguna yang lebih gemar kepada bayaran bulanan tetap serta terancang.

Sama ada anda memilih untuk menggunakan Kad Kredit atau Pinjaman Peribadi, jangan lupa untuk membuat semakan serta tinjauan terlebih dahulu dan hanya berurusan dengan institusi kewangan atau ejen pinjaman yang bereputasi baik. Kenalpasti tanda-tanda pinjaman yang berunsur penipuan dan lindungilah diri anda agar tidak terjerat dalam perangkap scammer.

Related post

Leave A Comment