Penipu Menyamar Jadi Direct Lending yang Menawarkan Pinjaman Mudah

By: loanexpress0 comments

Sekarang ni dah ada pihak tak bertanggungawab yang menyamar jadi Direct Lending dan tawarkan pinjaman kelulusan awal. Penipu ni sekarang tengah aktif menjalankan kegiatan mereka. Baru-baru ni kami ada terima banyak panggilan daripada pelanggan dan orang awam untuk semak dan minta penjelasan tentang kenapa mereka terima panggilan dan pesanan yang mencurigakan.

Anda perlu berwaspada! Geng-geng penipu akan hubungi anda dengan cara-cara macam ini;

1. Kumpulan WhatsApp

Ramai pelanggan kami telah diheret ke dalam kumpulan bersembang Whatsapp. Contohnya dalam gambar kat bawah ni, penipu akan kongsi maklumat tentang pinjaman peribadi dan cuba untuk yakinkan pelanggan dengan tawaran yang tidak masuk akal. Gambar ni pelanggan kami yang hantar.


Dah ramai yang jadi mangsa aktiviti tidak bertanggungjawab ni. Daripada tangkapan skrin emel kat bawah, anda boleh nampak yang di situ tertulis ada beratus-ratus orang dalam kumpulan Whatsapp tersebut. Maksudnya, mungkin ada banyak lagi kumpulan Whatsapp yang telah dicipta! Maklumat yang ni mungkin tersebar sebab ada kes baru mengenai kecurian data daripada pengendali rangkaian mudah alih.

Punyalah gigih penipu ni, sampai ada yang sanggup buat perjanjian pinjaman palsu menggunakan nama penuh dan nombor kad pengenalan pelanggan. Kalau anda tengok dalam tangkapan skrin kat bawah, penipu itu ada masukkan nombor lesen KPKT di bawah nama syarikat kami. Sekali lagi, kami nak tegaskan yang Direct Lending adalah landasan dalam talian, bukan pemberi pinjaman! Kami cuma beri perkhidmatan percuma, kami tak keluarkan pinjaman.

2. Panggilan ‘Cold Call’

Dah ramai pelanggan yang terima ‘cold call’ daripada geng penipu yang bertanya kalau mereka berminat untuk ambil pinjaman peribadi. Macam biasa lah, penipu akan buat cerita indah tentang betapa mudahnya untuk proses pinjaman dan betapa murah dan berpatutan pinjaman tersebut. Lepas tu, penipu itu akan terus menghubungi pelanggan menerusi Whatsapp pula.

Selain daripada pesanan Whatsapp dan panggilan telefon, geng penipu ini juga akan berkomunikasi menggunakan pesanan suara. Video kat bawah menunjukkan rakaman seorang penipu yang cuba untuk memperdayakan pelanggan kami dengan tawaran tak munasabah. Nasib baik pelanggan kami rasa curiga dan buat keputusan untuk hantar semua pesanan dan semak dengan kami.

Related post

Leave A Comment