Perkara Yang Akan Menjejaskan Kewangan Anda

By: loanexpress0 comments

e-dompet (e-wallet)

Kerajaan akan memasukkan RM30 ke dalam e-wallet setiap rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

Duit tu akan dikreditkan pada 1 Januari 2020 dan akan sah selama dua bulan. Apa yang anda perlukan adalah akaun e-wallet yang disahkan dengan pembekal perkhidmatan terpilih. Gaji minimum untuk layak mendapat insentif ini adalah gaji anda kurang daripada RM100,000 setahun.

Cukai perkhidmatan digital akan diperberkuatkuasa

Cukai Perkhidmatan Digital akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020.

Benda-benda lain yang terjejas termasuklah syarikat pengedaran perisian dan permainan digital seperti Steam, serta pengiklanan digital yang ditawarkan oleh Google.

Kadar Tol Akan Dikurangkan

Purata caj tol akan dikurangkan sebanyak 18% diskaun untuk Lebuh raya PLUS bermula 2020. 

Pengenalan caj kesesakan akan diturunkan sehingga 30% daripada kadar tol semasa – peak-hour dan jam biasa. Masa off-peak hour kadar tol adalah PERCUMA  – bertuahlah yang kerja shift malam tu. Ini akan memberi penjimatan hampir RM180 juta setahun kepada pengguna lebuh raya, katanya.

Penduduk Pulau Pinang atau yang suka pergi ke sana, berkuatkuasa pada 1 Januari 2020, kadar tol untuk kereta di Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dikurangkan dari RM8.50 hingga RM7.

Janji Program Subsidi Petrol (PSP) 

Bermula pada Januari 2020, PSP akan dilancarkan di Semenanjung Malaysia dengan dua kategori yang layak:

  • Bagi penerima BSH yang layak: Subsidi petrol ialah RM30 sebulan untuk pemilik kereta dan RM12 sebulan untuk pemilik motosikal. Subsidi ni akan diberi dalam bentuk pemindahan tunai. Ia akan dimasukkan ke dalam akaun bank korang setiap 4 bulan. Bayaran pertama akan dibuat pada bulan April 2020 untuk tempoh Januari hingga April 2020.
  • Bagi pemandu bukan penerima BSH: Korang akan menerima Kad95 khas yang membolehkan korang menikmati subsidi petrol dengan diskaun 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan untuk kereta atau 40 liter sebulan untuk motosikal apabila membeli RON95 di stesen minyak. Kad95 ni akan dilaksanakan secara progresif pada suku pertama tahun 2020.

Perlu diingatkan bahawa subsidi ni hanyalah untuk individu yang memiliki tidak lebih daripada 2 kereta dan 2 motosikal.

 Harga minyak akan diapungkan!

Pics for story subsidies for RON95 petrol and diesel will be stopped beginning Dec 1. Picture taken at petrol station in Rawang.AZMAN GHANI / The Star

Dengan adanya PSP, harga runcit RON95 dan diesel akan beransur-ansur terapung. Ini kerana kerajaan ingin kurangkan kebocoran dan penyeludupan petrol merentas sempadan yang menyebabkan kerugian bernilai berjuta-juta ringgit.

Subsidi petrol yang biasa akan berlaku apabila harga pasaran RON95 yang ditentukan oleh Mekanisme Harga Automatik (APM) melebihi RM2.08 seliter. Sementara tu, pemandu di Sabah dan Sarawak akan terus menikmati harga siling petrol sebanyak RM2.08 seliter untuk RON95 dan RM2.18 seliter untuk diesel.

Graduan yang menganggur akan mendapat insentif untuk mendapatkan pekerjaan

Insentif gaji sebanyak RM500 sebulan, selama 2 tahun untuk graduan yang menganggur lebih dari 12 bulan. Ia akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP.

Terdapat juga insentif kepada majikan yang ambik graduan ni untuk bekerja – RM300 sebulan untuk setiap sewa baru, selama 2 tahun.

Wanita yang kembali bekerja juga akan menerima insentif & pengecualian cukai akan dilanjutan.

Adakah anda seorang wanita berumur antara 30 hingga 50 tahun yang telah berhenti bekerja selama lebih daripada setahun? Manfaat ni adalah untuk anda. Di bawah #WanitaKerja, korang akan diberi insentif gaji sebanyak RM500 sebulan selama 2 tahun kalau andastart bekerja semula. Duit tu akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP anda. Majikan akan dapat insentif juga sebanyak RM300 sebulan selama 2 tahun.

Di samping tu, pengecualian cukai pendapatan semasa untuk wanita yang kembali bekerja akan dilanjutkan sehingga tahun 2023.

 Pekerja Asing Akan Digantikan

Anda hanya perlu menggantikan tugas pekerja asing dan anda akan diberikan insentif bulanan sebanyak RM350 ke RM500 selama 2 tahun (bergantung kepada sektor).

Majikan pulak akan menerima insentif bulanan sebanyak RM250 dalam tempoh masa yang sama.Insentif akan dikreditkan ke akaun KWSP.

 

Skim Sewa-Milik kediaman (RTO) akan diperkenalkan secara meluas.

Ada diantara kita yang tak dapat nak teruskan hasrat untuk beli rumah sebab kita tak mampu membayar down payment 10% (admin pun ada maJadi untuk selesaikan isu ini, gomen akan bekerjasama dengan institusi kewangan untuk memperkenalkan skim pembiayaan Rent To Own (RTO)

Skim RTO ini adalah untuk membeli rumah pertama yang berharga sehingga RM500,000. Pada mulanya, korang akan menyewa rumah tu sehingga 5 tahun. Selepas tahun pertama, korang akan mempunyai pilihan untuk membeli rumah berdasarkan harga yang ditetapkan pada masa perjanjian penyewaan ditandatangani. Lagi best, gomen akan berikan pengecualian duti setem sekali.

Selain daripada inisiatif RTO, gomen juga akan meluaskan Skim Perumahan Belia (ditadbir oleh Bank Simpanan Nasional) dari 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021. Skim ni menawarkan jaminan pinjaman 10% melalui Cagamas bagi membolehkan peminjam membuat pembiayaan penuh. Korang juga akan dapat bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 untuk 2 tahun pertama. Skim ni hanya terhad kepada 10,000 unit rumah sahaja.

 Tahun asas Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) akan disemak semula.

Ini adalah salah satu aduan dari rakyat yang telah direspon oleh gomen. Untuk pelupusan hartatanah oleh individu warganegara dan pemastautin tetap selepas tempoh 5 lima tahun, gomen akan menambah baik layanan CKHT tersebut dengan menetapkan nilai pasaran pada 1 Januari 2013 sebagai harga pemerolehan harta tanah.

Ini adalah untuk hartatanah yang diperolehi sebelum 1 Januari 2013 berbanding 1 Januari 2000 yang ditetapkan sebelum ini. Ini bermakna pemilik harta akan mempunyai bayaran cukai yang lebih rendah.

Foreigners tidak perlu beli hartanah berharga RM1 juta.

Sesetengah penduduk tempatan mungkin tidak berapa selesa dengan keputusan ini. Tapi, untuk kurangkan kondominium dan pangsapuri yang tak terjual berjumlah RM8.3 bilion pada Q2 2019, gomen akan menurunkan ambang harga hartanah di kawasan bandar (Lim tak cakap kat mana) daripada RM1juta ke RM600,000 pada tahun 2020. 

Korang boleh keluarkan duit KWSP untuk dapatkan sijil profesional.

Korang ada terfikir untuk dapatkan sijil profesional untuk perbaiki skill korang tak? Kami cadangkan untuk korang tunggu sampai tahun depan. Ini sebab KWSP akan mengembangkan skop pengeluaran pendidikannya untuk kelayakan yang diperolehi di peringkat sijil yang berkaitan dengan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0). Di samping itu, KWSP sedang berusaha untuk mengembangkan pengeluaran ini untuk memasukkan ibu bapa dan pasangan ahli.

Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke TASKA akan dapat pengecualian cukai tambahan.

Selain mewujudkan lebih banyak TASKA untuk memperbaiki persekitaran kerja untuk wanita dan ibu bapa secara umum, gomen mempunyai berita baik yang lain kepada ibu bapa di luar sana. Depa tahu yang nak jaga anak-anak ni bukannya murah. Jadi, untuk meringankan beban kewangan, ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak mereka di taska dan tadika berdaftar akan mendapat pelepasan cukai individu tambahan dari RM1,000 hingga RM2,000.

Bujang akan dapat lebih banyak bantuan kebajikan.

Jika anda bujang yang berumur melebihi 40 tahun dengan pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan, anda layak mendapat Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300. Individu kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas (dengan gaji kurang daripada RM2,000) juga berhak menerima bayaran BSH sebanyak RM300, dan secara automatik akan menjadi penerima skim MySalam Takaful.

KWSP untuk suri rumah.

Pada tahun 2020, program ini juga akan diperluas di mana suami secara sukarela boleh memilih untuk menyumbang 2% daripada sumbangan KWSP 11% kepada Akaun KWSP isteri mereka. Selain itu, kerajaan akan memanjangkan lagi faedah di bawah i-Suri melalui liputan keselamatan sosial di bawah PERKESO.

Gaji minimum akan dinaikkan lagi!

Untuk memperbaiki kehidupan golongan berpendapatan rendah, kerajaan telah meningkatkan gaji minima kepada RM1,100 sebulan berkuatkuasa Januari 2019. Berkuatkuasa 2020 pulak, gaji minimum akan dinaikkan kepada RM1,200. Tapi ini hanya akan dikenakan kepada mereka yang tinggal di pusat bandar utama.

Related post

Leave A Comment