Perkara yang perlu Diketahui dalam Perancangan Persaraan

By: loanexpress0 comments

Semakin anda berusia, semakin besar risiko yang anda mungkin tanggung. Oleh itu, mari kita lihat senarai apa yang anda perlu tahu bagi menyediakan diri untuk hari tua.

1) Sediakan simpanan!

Berdasarkan pendapat ramai, anda perlukan sekurang-kurangnya RM1 juta dalam simpanan pada umur persaraan minima iaitu 60 tahun.

Pakar kewangan yang lain berpendapat yang anda memerlukan 80% daripada perbelanjaan anda kini sebagai jumlah kira-kira buat belanjawan persaraan anda.

Namun demikian Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mempunyai sisi pandang yang lain kerana jumlah ini adalah berbeza-beza buat semua orang.

“Jika anda ada RM228,000 pada umur 55 tahun anda sepatutnya sudah ada cukup untuk mengeluarkan RM,1000 sebulan sehingga jangka hayat 75 tahun. Sama ada ianya cukup adalah terpulang untuk anda, berdasarkan belanjawan dan bagaimana anda mematuhinya. Sebab itulah bila kita bercakap tentang simpanan asas anda, ia bukannya jumlah yang anda mesti ada, tapi sebagai panduan kepada ahli kami supaya mereka boleh merancang kewangan masing-masing,” katanya.

Sediakan belanjawan untuk mencatat berapa banyak perbelanjaan anda sekarang. Ia akan memberi anda gambaran kasar tentang kos sara hidup selepas anda berhenti berkerja, dan anda akan mampu mula menyimpan. Jangan lupa, perbelanjaan anda tidak semestinya berkurang selepas pencen, ada pesara yang mahu pergi bercuti lalu meningkatkan kos mereka.

2) Sediakan kertas kerja persaraan anda

Persaraan bukanlah murah, namun anda tidak perlu terlalu risau jika anda sudah mula menyimpan. Timbalan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abdul Rasheed Ghaffour, menyarankan yang pengetahuan kewangan perlulah diutamakan, lebih-lebih lagi apabila 40% daripada rakyat Malaysia kini sudah bersedia untuk persaraan.

“Sesiapa yang menjalani hidup dengan membuat keputusan kewangan yang bijak berpotensi untuk menjadi lebih stabil dan juga meningkatkan taraf kehidupan, termasuklah sewaktu persaraan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang cukup, sesiapapun boleh hidup dengan selesa, menguruskan kewangan serta membantu mereka dalam mencapai matlamat kewangan mereka.”

“Seorang individu yang bijak dalam menguruskan kewangan adalah sedar tentang pentingnya perancangan kewangan jangka panjang dan akan mula menyimpan dengan aktif buat masa depan,” katanya, dalam ucapan di pelancaran modul ‘pengurusan kewangan untuk persaraan’.

Sudah tentunya amalan yang bagus adalah menyimpan 30% daripada gaji anda setiap bulan, namun berita baik adalah dua faktor pertama yang disebutkan tadi adalah dikira sekali sebagai simpanan.

Mula-mula sekali, pastikan yang anda sentiasa menyumbang kepada EPF, dan 11% akan terjaga secara automatik. Jadi apa yang anda perlu adalah menyimpan 19% lagi daripada gaji anda. 

Buat pelaburan, terdapat pelbagai plihan dalam persaraan untuk anda pilih. Antaranya adalah unit amanahpelaburan stok, dan Skima Persaraan Swasta (PRS). Dua pelaburan pertama boleh memberi pulangan yang besar jika ada kenaikan harga dalam pasaran, manakala yang terakhir pula adalah sebagai tambahan, dengan keupayaannya untuk menghasilkan faedah buat anda.

3) Kaji kesemua pilihan insurans

Ramai orang yang mengambil mudah akan kesihatan mereka, nak lagi bila memikirkan mereka masih ada berdekad-dekad untuk hidup. Walapun jangka hayat di Malaysia adalah 75 tahun (menurut Statistik Kesihatan Dunia 2017 oleh The World Health Organisation), ada kemungkinan yang sesiapa sahaja akan hidup lebih lama daripada itu.

Selain daripada inflasi, rakyat Malaysia haruslah menghadapi kos kesihatan yang semakin meningkat. Insuran Kesihatan Malaysia mengatakan yang harga rawatan meningkat dua kali ganda setiap tahun, iaitu peningkatan sebanyak 15% setiap tahun.

Daripada kumpulan fokus bersama persara yang dijalankan oleh BNM, situasi ini menjadi lebih jelas: sewaktu kecemasan (atau pembelian yang mahal), mereka terpaksa bergantung pada anak-anak ataupun menggunakan kad kredit.

Cari jalan alternatif untuk menguruskan kos kesihatan anda pada hari-hari tua, contohnya dengan mengambil insuran jangka panjang atau insuran kesakitan kritikal. Anda tidak perlu mengeluarkan wang simpanan untuk menampung kos kesihatan.

Related post

Leave A Comment