Sediakan Dokumen Sokongan Untuk i-Sinar Kategori 2

By: loanexpress0 comments

Tanpa Dokumen Sokongan,i-Sinar Kategori 2 Tidak Akan Dapat Diproses

Seperti yang dimaklumkan oleh kerajaan,kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis pandemik COVID-19 dari bulan Mac tahun lalu telah memberi kelongaran bagi membantu mereka yang terjejas dalam menampung kehidupan. 

 Bagi permohonan i-Sinar Kategori 1 yang tidak diluluskan,jangan risau,sebab anda masih boleh membuat permohonan i-Sinar Kategori 2 yang telah diumumkan melalui Portal i-Sinar KWSP.

 Mesti ramai dikalangan mereka yang telah mengalami pengurangan sumber pendapatan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak dari tahun lepas atau tiada caruman KWSP sekurang-kurangnya dua bulan (2) berturut-turut semasa permohonan,kini boleh membuat permohonan pengeluaran i-Sinar Kategori 2 pada hari ini,Isnin 11 haribulan Januari 2021 sehingga tarikh tutup 13 Jun 2021.

 Permohonan boleh dibuat @ laman web isinar.kwsp.gov.my bagi memudahkan tanpa kerap keluar dari rumah sejak PKP ni.

Dokumen sokongan yang anda perlu sediakan adalah seperti berikut.

– Slip/penyata gaji SEBELUM pengurangan pendapatankeseluruhan (gaji,elaun tetap,elaun kerja lebih masa,elaun lain,tidak termasuk bonus dalam tempoh.
– 12 bulan daripada tarikh permohonan ; DAN
– Slip/penyata gaji SELEPAS pengurangan pendapatan keseluruhan ( gaji,elaun tetap,elaun kerja lebih masa,elaun lain,tidak termasuk bonus antara bulan April 2020 sehingga bulan permohonan; DAN
– Notis Pengesahan majikan berkenan pemotongan gaji dan/atau elaun DAN/ATAU
– Bukti lain membuktikan pengurangan pendapatan seperti penyata bank.

Semakan status boleh dibuat melalui;

– i-Sinar Online di kotak Semak Status Permohonan;atau- i-Akaun anda di tab Pengeluaran dan semakan di Sejarah Pengeluaran;atau

– Menghubungi hotline khas i-Sinar @ 03 – 89224848
Bagi melancarkan lagi pengurusan,anda digalakan mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.Juga pastikan akaun bank yang anda berikan :


– Masih Aktif

– Bukan Milik Orang Lain melainkan Anda Sendiri

– Bukan Akaun Bersama ( Joint Account )

Tarikh Semakan Kelulusan & Bayaran

1. Bagi Kategori 2,Status permohonan akan siap dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.

2. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya ,selepas kelulusan diberi.

3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.

4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik ahli.

Semoga Bermanfaat! 

Related post

Leave A Comment