Tips Mudah Untuk Luluskan Pinjaman Peribadi

By: loanexpress0 comments

Periksa Rekod Kewangan Anda

Sebelum anda memulakan permohonan untuk pinjaman, periksa dahulu keadaan rekod kewangan anda. Perkara pertama yang akan dilihat oleh pihak bank ialah rekod kewangan seseorang yang memohon pinjaman. Jika anda mempunyai rekod bayaran balik yang tidak baik, contohnya anda sering lambat untuk membuat pembayaran kad kredit, pihak bank tidak akan meluluskan permohonan pinjaman anda.

Pihak bank adalah institusi kewangan yang terima deposit dari pelanggan, dan deposit itu kemudiannya akan digunakan untuk menyediakan pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman untuk kereta. Bank kemudian akan mengenakan caj untuk pinjaman tersebut. Peminjaman yang mempunyai rekod bayaran balik yang tidak baik mempunyai kemungkinan tinggi untuk meneruskan perangai mereka itu.

Jadi, ini merupakan antara sebab mengapa anda perlu pastikan rekod kewangan anda dalam keadaan baik kerana ia akan membantu anda bila anda ingin memohon untuk pinjaman atau apa-apa sahaja permohonan di bank. Sekiranya anda mempunyai rekod kewangan buruk, ambil masa dahulu untuk tingkatkan rekod tersebut sebelum anda memohon untuk pinjaman. Ia lebih baik daripada melalui proses permohonan pinjaman kemudian ditolak kerana anda sudah tahu anda mempunyai rekod kewangan buruk.

Bank Negara mempunyai system Central Credit Reference Information System (CCRIS) yang mengumpul semua maklumat kredit peminjaman dari pihak bank di Malaysia kemudian menyediakan laporan kredit yang diberikan kepada bank. Anda juga boleh dapatkan laporan ini untuk melihat kedudukan kredit anda. Anda perlu hadir ke Bank Negara untuk dapatkan laporan CCRIS anda.

Terdapat lagi satu laporan kredit yang anda perlu lihat juga iaitu CTOS. Pihak bank juga akan periksa laporan kredit CTOS pemohon sebelum membuat keputusan untuk meluluskan atau menolak permohonan. Anda boleh dapatkan laporan kredit CTOS dari MyCTOS.

Berdisiplin

Sebelum anda memohon untuk pinjaman, pastikan anda sudah mula berdisiplin dengan membayar semua komitmen kewangan anda seperti pinjaman kereta atau bayaran balik kad kredit anda tepat pada masanya. Mulakan sikap ini sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum anda memohon untuk pinjaman, tetapi lebih awal anda mulakan lebih baik. Ingat, walaupun anda tidak mempunyai niat untuk memohon pinjaman dalam jangka masa terdekat, membayar semua komitmen kewangan anda awal adalah sikap yang baik. Ia akan membantu tingkatkan peluang anda apabila anda melakukan permohonan di bank.

Baca semula semua syarat

Sebagai peraturan umum, kebanyakan bank hanya akan meluluskan permohonan pinjaman anda jika ia tidak melebihi 30% daripada komitmen kewangan yang anda sedia ada. Bagi pinjaman peribadi, bank akan berikan 2 atau 3 kali ganda gaji anda. Untuk tidak membuang masa, kira berapa komitmen kewangan anda dan lihat terma dan syarat pinjaman bank tersebut sebelum anda memohon untuk pinjaman. Setengah individu lupa atau pandang remeh untuk lihat terma dan syarat. Pastikan anda periksa had minima gaji, umur dan juga had pinjaman yang akan diberikan oleh bank sebelum memulakan permohonan anda. Ini akan bantu anda pastikan anda layak atau tidak dan tidak membuang masa anda mohon hanya untuk permohonan ditolak kerana anda tidak layak dan anda sebenarnya boleh mengetahui hal ini jika anda lihat terma dan syarat yang tertera.

Mula Rekod Kredit

Ada pihak bank yang enggan meluluskan permohonan pinjaman bagi individu yang tidak mempunyai rekod kredit. Ini bermaksud individu yang tidak mempunyai sebarang komitmen kewangan seperti pinjaman kereta, pinjaman perumahan atau kad kredit. Individu seperti ini tidak mempunyai sebarang rekod kredit, maka pihak bank tidak boleh melihat atau menggagak corak pembayaran mereka. Maka, sebelum anda memohon pinjaman anda disyorkan untuk memulakan rekod kredit kerana ia akan meningkatkan peluang permohonan pinjaman anda diluluskan.

Related post

Leave A Comment