Tips Penting Pengurusan Kewangan

By: loanexpress0 comments

Mulakan simpanan pada awal usia kanak-kanak

Kesedaran untuk mempunyai simpanan bukanlah sesuatu yang semulajadi didapati dalam diri semua orang. Sebuah kaji selidik yang dijalankan oleh RinggitPlus mendapati 59% rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk bertahan selama 3 bulan tanpa pendapatan. 24% pula tidak mempunyai simpanan langsung dan hanya bergantung kepada gaji yang diterima setiap bulan.

Memahami bagaimana Kad Kredit Berfungsi

Ramai orang menganggap kad kredit sebagai penyelamat ketika kecemasan. Walaubagaimanapun, tanpa disedari, hutang kad kredit akan menjadi bebanan yang memerangkap penggunanya dan pendapatan setiap bulan akan dihabiskan untuk membayar faedah dan caj kelewatan. 

Membeli “Life Insurance” atau Takaful

Pada usia muda dan kesihatan yang masih baik adalah waktu yang paling ideal untuk membeli insurans atau menyertai takaful kerana premium yang dikenakan rendah dan berpatutan. Terdapat juga skim-skim yang menggabungkan pelan yang melindungi perbelanjaan perubatan disertai dengan simpanan. Insurans atau takaful ini amat berguna untuk menghadapi sebarang kemungkinan di masa akan datang.

Utamakan pembelian rumah berbanding pembelian kenderaan

Di antara kebiasaan yang dilakukan oleh anak-anak muda hari ini apabila mula bekerja adalah dengan menjadikan pembelian kenderaan sebagai agenda pertama apabila sudah mempunyai pendapatan tetap dan berkelayakan untuk mendapatkan pinjaman bank. Pilihan kenderaan biasanya akan mengikut “trend” daripada mengikut keperluan semasa dan ini menyebabkan mereka terpaksa membayar ansuran bulanan yang tinggi. Jika berterusan, kebarangkalian untuk mencapai kelayakan membeli rumah akan berkurang kerana mereka perlu menyediakan wang pendahuluan yang agak besar dan ansuran pinjaman perumahan yang biasanya lebih tinggi dari ansuran kenderaan. Perkara yang perlu diterapkan kepada anak-anak kita adalah rumah merupakan aset dan nilainya meningkat berbanding kenderaan yang akan menyusut nilai saban tahun.

Related post

Leave A Comment